
.png)
Kenali Kami
Menjunjung kasih, menyantuni warga emas dengan penuh ihsan dan
kasih sayang.
.png)

Santunan Emas
Program Santunan Emas adalah sebuah program khusus untuk warga emas. Ia merupakan hasil kerjasama Masjid Al-Muttaqin, Masjid Darul Makmur, Masjid Yusof Ishak, Ma:een dan Muhammadiyah.
Usaha ini bertujuan memberikan pengisihan rohani disamping menyokong aspek jasmani, kognitif dan sosial bagi generasi emas kita.
.png)
.png)



Logo ini mencerminkan hati dan misi Santunan Emas. Ia melambangkan amanah untuk menjaga warga emas dengan penuh kasih sayang, serta menonjolkan nilai kesatuan dan penghargaan terhadap mereka dengan penuh hormat dan kemuliaan. Secara keseluruhannya, logo ini menjadi peringatan bahawa dalam Islam, memelihara dan menghormati warga emas bukan sahaja satu kebaikan, malah satu amanah iman yang meneruskan kasih dan penjagaan yang telah mereka curahkan sepanjang generasi.
Rasional Logo
Logo ini melambangkan amanah untuk menjaga warga emas dengan penuh kasih sayang, serta menggambarkan nilai kesatuan dan penghargaan terhadap mereka.
Ini selaras dengan sepotong hadis
Rasulullah SAW:


Sesiapa yang tidak mengasihani yang muda dan tidak menghormati yang tua, maka dia bukan daripada golongan kami.
(At-Tirmidhi and Ahmad)


Masyarakat
Menggambarkan peranan masyarakat dalam usaha murni ini untuk memastikan warga emas kita diberi layanan yang selayaknya.

Huruf “Sin” (س)
Mengaitkan nama Santunan dengan asas Islamnya, mengukuhkan identiti melalui keikhlasan dan kasih sayang

Hati
Melambangkan ketulusan dan rahmah, mencerminkan usaha Santunan Emas dalam memberi kasih dan penghormatan
kepada warga emas.

Telinga Yang Mendengar
Menunjukkan kepekaan terhadap suara dan keluhan warga emas, agar setiap santunan
benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Nadi Jantung
Melambangkan kehidupan dan semangat, dengan Santunan Emas sebagai nadi yang menyokong warga emas untuk terus aktif, yakin dan beriman.



Program ini memberi tumpuan
kepada 5 bidang utama:
Rohani
Sesi tazkirah, kuliah dan
bimbingan keagamaan
Fizikal
Senaman ringan dan aktiviti
berasaskan pergerakan
Kognitif
Bengkel dan aktiviti kraf yang merangsang minda
Sosial
Mengeratkan hubungan sesama warga emas melalui perjumpaan dan jamuan bersama
Sukarelawan
Menyumbang semula kepada masyarakat melalui usaha khidmat komuniti
.png)
Santunan Emas
Santunan Emas ialah inisiatif mingguan oleh Masjid Al-Muttaqin yang bertujuan untuk menyantuni warga emas dengan kasih sayang, hubungan mesra, dan pembelajaran berterusan.
Melalui sesi-sesi bermakna yang menggabungkan panduan Islam, penuaan aktif, dan interaksi sosial, kami berusaha untuk menyokong para warga emas agar dapat menjalani usia emas mereka dengan tujuan, dan keimanan.


Jejak Perkembangan
Santunan Emas

Fasa 1
(Oktober 2024)

2 Oktober 2024
Pelancaran rasmi Santunan Emas di Masjid Al-Muttaqin. Sejak itu, program ini menerima sambutan menggalakkan daripada warga emas, baik secara fizikal mahupun dalam talian.

SE: Edisi Khas Ramadan
Forum edisi khas Ramadan ini telah menjawab persoalan Ramadan khusus untuk warga emas dan 'caregivers'.



Fasa 2
(November 2024 - Mei 2025)
_JPG.jpg)


Mei 2025
Kerjasama dengan Methodist Welfare Services (MWS) dalam Program Penuaan Aktif. Warga emas menyertai 3 sesi jahitan patchwork.

Fasa 3
(Julai 2025)

Masjid Al-Muttaqin
Kuliah mingguan setiap hari Rabu bersama Ustaz Fatris dan Program Penuaan Aktif yang dikendalikan
oleh MAAC.





Masjid Darul Makmur
Forum Fiqh Pesakit: Acara ini membicarakan tentang hukum-hakam Islam bersangkutan hal-hal fiqh pesakit seperti solat, wuduk, dan aurat.

Masjid Yusof Ishak
Sesi perkongsian bersama penduduk Ren Ci setiap
hari Khamis.





Forum SE:
Pelancaran
Santunan Emas 2.0
Nantikan perkembangan selanjutnya.

Rakan Usaha Sama






_edited.png)
