Jom Sertai Santunan Emas! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Ingin menyertai Santunan Emas atau membantu ibu bapa dan orang tersayang untuk mendaftar?
Prosesnya mudah. Dari pendaftaran hingga menghadiri sesi Rabu pertama anda, berikut adalah panduan ringkas untuk menyertai komuniti Santunan Emas.
Siapa Yang Boleh Menyertai Santunan Emas?
Santunan Emas terbuka kepada warga emas Muslim berusia 60 tahun ke atas yang ingin terus menimba ilmu, kekal aktif dan meluangkan masa bersama komuniti.
Ahli keluarga atau penjaga juga boleh membantu mendaftarka. Setelah berdaftar, anda boleh menyertai program dan aktiviti berkala Santunan Emas di Masjid Al-Muttaqin.
Langkah 1: Daftar Sekali Sahaja

Anda tidak perlu mendaftar setiap minggu.
Cukup dengan mendaftar sekali melalui laman web Santunan Emas. Selepas itu, anda boleh terus menghadiri program dan aktiviti berkala tanpa perlu mengisi borang yang sama setiap kali.
Nota: Roadshow Santunan Emas merupakan acara berasingan dan mungkin memerlukan pendaftaran tersendiri.
Langkah 2: Dapatkan Kod QR Peribadi Anda

Selepas mendaftar, anda akan menerima kod QR peribadi untuk digunakan semasa daftar masuk.
Simpan kod QR tersebut di telefon supaya mudah diakses, atau cetak satu salinan jika lebih selesa. Jika anda perlukan bantuan, pasukan dan sukarelawan kami sedia membantu.
Langkah 3: Bawa Kod QR Apabila Hadir

Apabila datang ke sesi Santunan Emas, hanya tunjukkan dan imbas kod QR peribadi anda untuk merekodkan kehadiran.
Tak perlu isi borang atau mendaftar semula setiap minggu. Selepas daftar masuk, anda boleh terus sertai aktiviti Santunan Emas!
Apa Yang Boleh Anda Nantikan?

Setiap hari Rabu di Santunan Emas adalah peluang untuk menimba ilmu, kekal aktif dan mengeratkan silaturahim.
Sesi bermula dengan Kuliah Bimbingan, diikuti dengan pelbagai aktiviti sepanjang bulan seperti:
Sesi Senaman Aktif bersama Health Promotion Board (HPB)
Sesi kraf tangan oleh Methodist Welfare Services
Sesi Minda Aktif bersama Allkin
Jom Bersukan! bersama Sunlove
Sama ada anda ingin kekal aktif, belajar sesuatu yang baharu atau sekadar meluangkan masa bersama rakan-rakan, ada pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati.
Mulakan Hari Rabu Anda Bersama Kami
Pertama kali menyertai Santunan Emas? Jangan risau. Datang sahaja dan nikmati sesi mengikut keselesaan anda. Sertai aktiviti yang anda minati, pelajari perkara baharu dan berkenalan dengan komuniti Santunan Emas.
Bagi ahli keluarga atau penjaga, anda juga boleh membantu ibu bapa atau orang tersayang untuk mendaftar dan menyertai Santunan Emas.
Bersedia untuk menyertai Santunan Emas?
Daftar sekali dan anda boleh terus menyertai program dan aktiviti berkala kami.
Daftar di: www.santunanemas.sg
_edited.png)


Komen