top of page
Santunan Emas - Styletile FINAL (4)_edited.png
  • Whatsapp
  • Instagram
  • Facebook
Santunan Emas - Styletile FINAL.png

Skim Sokongan Perak (Silver Support Scheme)

Sokongan Tambahan untuk Keperluan Persaraan

Skim Sokongan Perak memberi sokongan kewangan tambahan kepada warga emas Singapura yang mempunyai pendapatan lebih rendah semasa bekerja dan kurang sumber kewangan ketika bersara.


Warga emas yang layak akan menerima bayaran tunai setiap tiga bulan untuk membantu mereka mengurus keperluan harian dengan lebih baik.

silver support 1.png

Logo ini mencerminkan hati dan misi Santunan Emas. Ia melambangkan amanah untuk menjaga warga emas dengan penuh kasih sayang, serta menonjolkan nilai kesatuan dan penghargaan terhadap mereka dengan penuh hormat dan kemuliaan. Secara keseluruhannya, logo ini menjadi peringatan bahawa dalam Islam, memelihara dan menghormati warga emas bukan sahaja satu kebaikan, malah satu amanah iman yang meneruskan kasih dan penjagaan yang telah mereka curahkan sepanjang generasi.

Santunan Emas - Styletile FINAL (4)_edited.png
Pink Poppy Flowers

Bagaimana Ia Membantu?

Antara sokongan yang disediakan:

Menerima bayaran tunai setiap tiga bulan untuk membantu perbelanjaan harian.

Warga emas yang layak boleh menerima sehingga $1,080 setiap tiga bulan, bergantung pada pendapatan isi rumah dan jenis flat HDB yang didiami.

silver support 2.png

Jumlah bantuan yang lebih tinggi diberikan kepada warga emas yang mempunyai sumber kewangan yang lebih terhad.

Bayaran dibuat terus melalui PayNow-NRIC, akaun bank yang berdaftar dengan Pemerintah atau GovCash.

Pink Poppy Flowers
Santunan Emas  Website - Asset (1).png

Santunan Emas

Santunan Emas ialah inisiatif mingguan oleh Masjid Al-Muttaqin yang bertujuan untuk menyantuni warga emas dengan kasih sayang, hubungan mesra, dan pembelajaran berterusan.

​

Melalui sesi-sesi bermakna yang menggabungkan panduan Islam, penuaan aktif, dan interaksi sosial, kami berusaha untuk menyokong para warga emas agar dapat menjalani usia emas mereka dengan tujuan, dan keimanan.

Santunan Emas - Styletile FINAL.png
silver support 4.png

Cara Mendapatkan Bantuan

Anda tidak perlu membuat permohonan untuk Skim Sokongan Perak.
CPF Board akan menyemak kelayakan warga Singapura berumur 65 tahun dan ke atas secara automatik setiap tahun.

Jika anda layak:

Anda akan menerima pemberitahuan daripada CPF Board.

Bayaran akan diberikan secara automatik setiap tiga bulan.

Anda juga boleh log masuk menggunakan Singpass untuk menyemak status kelayakan anda.

bottom of page